Tuesday, September 25, 2018

BBM3410/18- Asas Grafik yang tinggi nilainya.

Apa khabar semua pembaca bersua kita kembali dalam coretan ini.

Untuk minggu kedua Prof Dr Normaliza telah menerangkan kepada kelas berkaitan asas grafik. Selama ini cara dan tindakan untuk mengambil gambar secara keseluruhan mungkin agak salah tetapi apabila mempelajari di dalam kelas asas grafik ini barulah kami mengetahui betapa telitinya untuk mempelajari asas grafik ini.

Antara penekanan ialah gambar perlu mudah dan jelas, warna sesuai, keseimbangan, teks yang sesuai,font, dan tema.

Tugasan juga diberi untuk menyiapkan tugasan secara berkumpulan dan dihantar pada hari tersebut.Pengalaman sebegini sangat berguna dan sangat tinggi nilainya pada mata saya.


Maka dengan ini gambar yang disertakan ini merupakan hasil kerja kumpulan Taada Production.

Sekian untuk kali ini .








BBM3410/18- Mengenal ilmu asas grafik

Salam Malaysia baharu dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Pejam celik pejam celik sudah menjangkau 1 minggu saya menjalani kuliah bagi subjek Multimedia Bahasa untuk semester akhir saya di Universtii Putra Malaysia (UPM). Berbekalkan ilmu yang diturunkan oleh Prof Dr. Normaliza kepada semua pelajar kami dapati ilmu yang disampaikan sangat berguna dan merupakan ilmu baharu kepada kami.

Pada mingg pertama ini kami telah ditugaskan dalam kerja berkumpulan. Kami disuruh untuk membawa bahan-bahan yang telah ditetapkan oleh Prof.

Antara bahannya ialah majalah lama,gunting dan lain-lain



BBM3410/18: Salam Perkenalan


Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Nama diberi oleh ibu bapa saya Muhammad Solihin Bin Saldi. Saya merupakan anak ke-6 daripada 8 adil-beradik. Saya dilahirkan di Hospital Changkat  Melintang dan dilahirkan pada 30/4/1995 untuk pengetahuan semua pembaca tarikh saya dilahirkan bersamaan persaraan bapa saya sebagai anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menarik bukan ?. 

Saya berasal dari Perak antara negeri yang kaya dengan  bersejarah. Jika anda seorang yang cintakan sejarah sifat ingin tahu yang menabal mesti ada diri diri masing-masing. Oleh itu, untuk maklumat anda tempat tinggal saya merupakan pusat pemerintahan pertama di negeri Perak. Kesultanan Melayu Perak yang diketuai oleh Sultan Muzaffar Shah 1 Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah merupakan sultan pertama negeri Perak. 

Saya dibesarkan bersama keluarga tersayang dalam keadaan harmoni dan penuh kasih sayang. Kita dididik untuk menyambung silaturahim. Sehingga kini, keadaan aman dan sentosa yang kita kecapi sekarang haruslah kita pertahankan supaya dapat kita warisi pada anak cucu cicit kita nanti.

Sekian.coretan daripada anak perantaun dari desa yang merantau untuk memburu cita-cita.