Tuesday, September 25, 2018

BBM3410/18: Salam Perkenalan


Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Nama diberi oleh ibu bapa saya Muhammad Solihin Bin Saldi. Saya merupakan anak ke-6 daripada 8 adil-beradik. Saya dilahirkan di Hospital Changkat  Melintang dan dilahirkan pada 30/4/1995 untuk pengetahuan semua pembaca tarikh saya dilahirkan bersamaan persaraan bapa saya sebagai anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menarik bukan ?. 

Saya berasal dari Perak antara negeri yang kaya dengan  bersejarah. Jika anda seorang yang cintakan sejarah sifat ingin tahu yang menabal mesti ada diri diri masing-masing. Oleh itu, untuk maklumat anda tempat tinggal saya merupakan pusat pemerintahan pertama di negeri Perak. Kesultanan Melayu Perak yang diketuai oleh Sultan Muzaffar Shah 1 Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah merupakan sultan pertama negeri Perak. 

Saya dibesarkan bersama keluarga tersayang dalam keadaan harmoni dan penuh kasih sayang. Kita dididik untuk menyambung silaturahim. Sehingga kini, keadaan aman dan sentosa yang kita kecapi sekarang haruslah kita pertahankan supaya dapat kita warisi pada anak cucu cicit kita nanti.

Sekian.coretan daripada anak perantaun dari desa yang merantau untuk memburu cita-cita.


No comments:

Post a Comment