Sunday, December 16, 2018

BBM3410/2018: Kalendar 2019

Salam semua.

Sebelum ini aku belajar adobe photoshop.

Tugasnya untuk membuat kalendar 2019.

Inilah hasilnya.

Amatur lagi tak cantik tak buruk.

Biasa-biasa je.


































BBM3410/2018: Gambar bersama Prof dan dimuat naik di Facebook

Untuk penghujung kuliah .

Kita kemas kini Facebook pula























Thursday, December 6, 2018

BBM 3410/2018: Tweet & Retweeted

Ape khabor komer?

Aku nak kabor aku udah ada twitter.

Berpunca subjek ni aku kena ada twitter. Haha

Berjinak-jinak dengan twitter.

Sebahagian ragam di tweet dan retweeted.





Insan terpilh yang aku retweeted 

BBM3410/2018: NOTA VIDEO TANPA WAJAH

Hello kawan-kawan.
Aku nak beritahu berkaitan video tanpa wajah .

Video tanpa wajah ialah satu pergerakan visual memfokuskan kepada sesuatu benda sahaja  dan diambil tanpa menonjolkan atau memperlihatkan wajah. Video tanpa wajah ini selalu diambil mengikut kesesuain  plot cerita dan tema yang ingin disampaikan tanpa adanya muka perilaku dalam video itu. Pergerakan seseorang difokuskan untuk menyampaikan mesej dan pengajaran dalam sesuatu karya.

Antara perkara yang perlu ada dalam video tanpa wajah 4 aspek iaitu:

1) Tanpa wajah - Video dibuat tanpa ada wajah seseorang
 dan hanya diambil dari bahagian belakang, sisi dan bahagian bawah .

2) Fokus kepada sesuatu bahagia: Fokus kepada 
kepada bahagian tertentu sahaja seperti anggota badan .

3) Jalan cerita- Perlu mempunyai jalan cerita dan pengajaran 
yang disampaikan dan memberikan impak kepada penonton.

4) Lagu- Lagu perlu disertakan dan perlu sesuai dengan jalan 
cerita yang dipaparkan supaya nampak berkesan dan menarik.

Itulah penerangan sedikit berkaitan video tanpa wajah 

BBM 3410/2018: NOTA VIDEO ONE SHORT

Apa khabar semua?

Aku ingin berkongsi maklumat sedikit berkaitan video one shot yang telah kami pelajari dalam subjek multimedia. Ikuti selanjutnya maklumat ini.

Terdapat 3 jenis one shot. Ketiga-tiga pergerakan dan teknik asas yang terdapat dalam video one shot ini menggunakan satu kamera sahaja dengan satu pandang sahaja dengan menetapkan kamera pada tempat yang sama.

1) One short one layer- Dalam teknik ini perlu melakukan satu perkara sahaja pergerakan seperti menyanyi tanpa melakukan perkara yang lain. Ingat hanya satu pergerakan sahaja.

2) One shot two layer: Untuk teknik ini perlu melakukan dua pergerakan seperti menyanyi dan melakon sesuatu babak secara serentak. Ini sangat mencabar untuk melakukan dua perkara sekaligus.

3) One shot three layer- Kali ini tiga pergerakan diperlukan untuk dalam teknik kali ini. Penambahan pergerakan akan lebih menarik video tersebut. Menyanyi, berlakon dan sebagainya menjadi pergerakan dalam video ini.

Begitulah berkaitan video one short video secara ringkasnya. Sekian.

BBM3410/2018: NOTA ASAS GRAFIK

Salam sejahtera semua.

Kali ini coretan aku berkaitan asas grafik:


Terdapat lima jenis asas grafik iaitu:




1). Mudah- Sesuatu gambar yang dihasilkan itu mudah dilihat dan tidak terlalu berat untuk dilihat dan sesuatu gambar itu dapat digambarkan dengan ringkas dan tenang dari segi reka bentuk.

2). Warna- Warna yang dipilih memainkan peranan penting sebagai daya penarik pada sesiapa yang melihatnya. Pemilihan warna merupakan sangat penting kerana variasi pada warna akan menjadi menarik dan menonjolkan imej yang ingin disampaikan,

3). Keseimbangan- Setiap sudut grafik haruslah dilihat seimbang ia bertujuan dapat menghasilkan gambar yang menarik untuk dilihat. Setiap sudut atas, bawah, kiri dan kanan haruslah seimbang supaya kelihatan sepadan.

4). Kesesuaian- Grafik perlulah sesuai dengan situasi yang ingin disampaikan. Tema dan dan mesej haruslah sesuai dengan elemen-elemen yang diterapkan supaya orang lain memahami perkara yang ingin disampaikan. 

5) Teks- Dalam grafik teks sangat penting untuk menjelaskan kepada masyarakat mengenai grafik yang ditonjolkan tetapi teks tidak perlu diletak banyak cukup sekadar ringkas dan tidak perlu terlalu berselerak dan serabut. Ini penting untuk menyampaikan mesej kepada umum berkaitan teks dalam grafik.

Itulah sekadar coretan saya untuk asas grafik ini. 

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/2018: Nota papan cerita

Assalamualaikum semua.
Minggu aku nak coretkan sedikit berkaitan papan cerita.
Apa itu papan cerita kawan-kawan.
Mari saya ringkaskan.
 1).Papan cerita dalam erti kata yang mudah papan cerita merupakan satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia atau susunan grafiK.
2) Penghasilan dalam bentuk ilsutrasi yang dipersembahkan bagi tujuan taynagan gambar bergerak animasi, grafik bergerak atau media interaktif.
3) Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara dengan licin dan teratur.
Dalam papan cerita perlulah adanya maklumat seperti :
1) Suatu lakaran, halaman atau bingkai
2) Teks sebenar di ats skrin dan halaman.
3) Narration
4) Animasi
5) Video
6) Suara
Sekian itulah serba ringkas apa yang dimaksudkan dengan papan cerita.