Salam sejahtera semua.
Kali ini coretan aku berkaitan asas grafik:
Terdapat lima jenis asas grafik iaitu:
Kali ini coretan aku berkaitan asas grafik:
Terdapat lima jenis asas grafik iaitu:
1). Mudah- Sesuatu gambar yang dihasilkan itu mudah dilihat dan tidak terlalu berat untuk dilihat dan sesuatu gambar itu dapat digambarkan dengan ringkas dan tenang dari segi reka bentuk.
2). Warna- Warna yang dipilih memainkan peranan penting sebagai daya penarik pada sesiapa yang melihatnya. Pemilihan warna merupakan sangat penting kerana variasi pada warna akan menjadi menarik dan menonjolkan imej yang ingin disampaikan,
3). Keseimbangan- Setiap sudut grafik haruslah dilihat seimbang ia bertujuan dapat menghasilkan gambar yang menarik untuk dilihat. Setiap sudut atas, bawah, kiri dan kanan haruslah seimbang supaya kelihatan sepadan.
4). Kesesuaian- Grafik perlulah sesuai dengan situasi yang ingin disampaikan. Tema dan dan mesej haruslah sesuai dengan elemen-elemen yang diterapkan supaya orang lain memahami perkara yang ingin disampaikan.
5) Teks- Dalam grafik teks sangat penting untuk menjelaskan kepada masyarakat mengenai grafik yang ditonjolkan tetapi teks tidak perlu diletak banyak cukup sekadar ringkas dan tidak perlu terlalu berselerak dan serabut. Ini penting untuk menyampaikan mesej kepada umum berkaitan teks dalam grafik.
Itulah sekadar coretan saya untuk asas grafik ini.
Itulah sekadar coretan saya untuk asas grafik ini.
No comments:
Post a Comment