Thursday, December 6, 2018

BBM3410/2018: NOTA VIDEO TANPA WAJAH

Hello kawan-kawan.
Aku nak beritahu berkaitan video tanpa wajah .

Video tanpa wajah ialah satu pergerakan visual memfokuskan kepada sesuatu benda sahaja  dan diambil tanpa menonjolkan atau memperlihatkan wajah. Video tanpa wajah ini selalu diambil mengikut kesesuain  plot cerita dan tema yang ingin disampaikan tanpa adanya muka perilaku dalam video itu. Pergerakan seseorang difokuskan untuk menyampaikan mesej dan pengajaran dalam sesuatu karya.

Antara perkara yang perlu ada dalam video tanpa wajah 4 aspek iaitu:

1) Tanpa wajah - Video dibuat tanpa ada wajah seseorang
 dan hanya diambil dari bahagian belakang, sisi dan bahagian bawah .

2) Fokus kepada sesuatu bahagia: Fokus kepada 
kepada bahagian tertentu sahaja seperti anggota badan .

3) Jalan cerita- Perlu mempunyai jalan cerita dan pengajaran 
yang disampaikan dan memberikan impak kepada penonton.

4) Lagu- Lagu perlu disertakan dan perlu sesuai dengan jalan 
cerita yang dipaparkan supaya nampak berkesan dan menarik.

Itulah penerangan sedikit berkaitan video tanpa wajah 

No comments:

Post a Comment