Thursday, October 11, 2018

BBM 3410/18- JDT,SST,GST (3T) dan Moh Ke Hari Sukan Negara.

Salam saudara serta saudari sekalian.

Hari ini aku akan menyatakan mengulas sedikit  berkaitan sukan Bola Sepak dalam kempen Piala Malaysia edisi tahun 2018 dan pendirian berkaitan JDT. SST dan GST. 

Tarikh  27 Oktober 2018 ini akan diadakan perlawanan akhir Bola Sepak Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadim Shah Alam. Ketika aku sedang menulis ini blog ini kempen Piala Malaysia sedang berlangsung peringkat separuh akhir. Johor Darul Takzim bertemu Terengganu dan Perak bertemu Sabah. Pada perlawanan separuh akhir pertama JDT tewas  0-1 kepada pasukan Terengganu manakala pasukan Perak membenam pasukan Sabah dengan jaringan besar 5-0.

Separuh akhir kedua akan bersambung pada 21 dan 22 Oktober kerana memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antara Malaysia bertemu Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober 2018 dan Republik Kyrgyz pada 16 Oktober 2018 di Stadium Bukit Jalil sempena persediaan menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki. Rata-rata pemain skuad kebangsaan bermain untuk pasukan masing-masing dalam temasya Piala Malaysia ini.

Aku mempunyai pandangan yang sederhana pasukan Perak selangkah untuk ke perlawanan akhir pada edisi kali ini kerana kemenangan 5-0 ke atas Sabah kemungkinan Sabah tidak mampu untuk mengejar jaringan 5-0 itu. Tapi semua orang guna falsafah bola itu bulat apa-apa kemungkinan boleh berlaku tapi bagi kau sangat sukar untuk Sabah memperoleh jaringan besar ke atas Perak nanti. Maka aku membakul sampahkan istilah itu.

Aku meramalkan perlu Perak bertemu Terengganu pada perlawanan akhir Piala Malaysia. Kenapa tidak memilih JDT ?. Bagi aku pasukan JDT sangat elit di Malaysia sejak kebelakangan ini. Jadi keruntuhan pasukan elit seperti JDT ini perlu dan pasukan Terengganu mesti menewaskan pasukan ini dengan menumbangkan JDT pada perlawanan separuh akhir kedua. Seperti semua tahu JDT mempunyai rekod yang cemerlang dan sukar ditewaskan tetapi Terenagganu sudah mampu menewaskan JDT pada separuh akhir pertama.

Keluhan rakyat Malaysia berkaitan dengan 3T iaitu JDT, SST dan GST ada asasnya. Bagi JDT kita di Malaysia sudah mempunyai istlah jika pasukan JDT tewas ia merupakan kemenangan untuk rakyat Malaysia. Ramai di kalangan peminat bola sepak mahukan pasukan JDT tumbang di tangan mana-mana pasukan. Lagipun, tindak tanduk pemerintahan bola sepak JDT yang sangat sukar difahmai oleh rakyat Malaysia kerana tingkah laku yang tidak disukai oleh rakyat Malaysia dan diikuti oleh sebilangan rakyatnya yang menimbulkan sifat (holigoon) dalam perlawanan bola sepak. Sebilangan je ye. Bukan semua . huhuhuu..

UntuK GST dan SST sangat meresahkan rakyat kerana ia merupakan melibatkan kos harga barang. Sebelum PRU ke 14 kita disorak oleh penyokong BN bahawa GST ini sangat efisen dan cukai yang bagus untuk dilaksanakan dan rakyat Malaysia mengeluh tetapi selepas tewas pada PRU 14 GST dihapuskan dan digantikan dengan SST.  Malah dengan perlaksanaan SST ini penyokong Pakatan Harapan dan Pemimpinnya akan memberi hujah bahawa SST ini akan mengurangkan harga barang dan timbul keresahan rakyat Malaysia dengan sistem SST ini. Akibat pertukaran kerajaan ini rakyat menerima tempias di atas dasar-dasar kerajaan ini.

Oleh itu, persamaan ketiga-tiga T ini sangat merimaskan rakyat Malaysia dan menjadi bualan hangat serta perdebatan yang tidah sudah di kalangan rakyat. Tukar SST dapat GST dan ganti GST dapat SST semula. JDT, SST dan GST yang tak sudah. Solusi kepada masalah ini perlulah mengembalikan kepada sistem yang betul seperti sistem percukaian berasaskan SISTEM PERCUKAIAN SIMPANAN KORPORAT dan CUKAI PEGANGAN SAHAM. SST dan GST sudah maka gantikan dengan sistem ini jika kita berganti kerajaan lagi. Sekian ...

Dikesempatan yang singkat ini saya menyeru kepada anda yang tidak cintai obesiti dan sayangkan mutu sukan negara marilah kita sama-sama berhimpun di KL Sport City Bukit Jali pada 13 Oktober 2018 (Sabtu) untuk berhimpun dalam acara Hari Sukan Negara. Nak tau datang  jelah, jangan banyak tanya.

Ayuh Malaysiaku! Kata Malaysia baharu mari kita semua berjumpa Bro Syed Saddiq.

Majulah sukan untuk negara.Sampai kita bertemu lagi.








BBM3410/18- Akuarium dan ikan kekek mak eloi-eloi.

Apa khabar semua.?

Harapnya semua di bawah lindungan Allah. 

Pada hari ni saya akan menceritakan serba sedikit tentang pengalaman membela ikan perhiasan, 
Pada mulanya, saya hanya melihat akuarium di dalam bilik rakan saya. Dia membela ikan perhiasan yang cantik cantik. Ye, cantik snagat cantik kalah wanita-wanita di luar sana. Aduh, korang ini bergurau aje la. 

Akibat tarikan seperti dipukau saya tertarik untuk membela ikan dan membeli akuarium. Ini mengakibatkan saya membeli akuarium dan membeli ikan di Equine Park Puchong. Keghairahan saya untuk mencuba hobi baru ini membuatkan kawan saya juga tertarik seperti magnet. Kawan saya juga membeli ikan perhiasan dan disatukan dalam akuarium yang sama. Huhuhuhu.

Kawan saya mempengaruhi saya dengan hanya melihat akuarium sahaja membuatkan saya terpukau dan tertarik sekali. Makanya, denganh keberadaan ikan di bilik membuatkan saya dan rakan saya lebih tenang dengan melihat ikan-ikan di akuarium seperti sebuah terapi. Sekian 

Wednesday, October 10, 2018

BBM 3410/18- Tugas-tugas khas dan seangkataan dengannya.

Salam sejahtera dan selamat petang kepada sekalian bangsa.


Bersua kita di alam maya ini dalam minggu kelima ini. Pada minggu kelima ditugaskan untuk mengambil gambar fotografi jenis flatlay, half flatlay, quater flatlay dan zero flatlay. Dalam aktiviti yang ditugaskan ini kami diperkenalkan dengan fotograsi asas ini. Setiap jenis gambar hendaklah mempunyai 5 gambar dan mempunyai berlainan konsep.

Kumpulan saya iaitu Taada Production telah bersepakat memilih konsep hari lahir, merah jambu, eksklusif dan pelajar. Setiap gambar yang diambil akan dimuat turun ke dalam laman sosial iaitu instagram. Tugasan ini sangat menarik untuk diambil sebagai ilmu yang sangat bermanfaat.


Berikut merupakan gambar yang telah kami ambil.

Sekian terima kasih.







Tuesday, October 2, 2018

BBM3410/18- Tugasan dan Perspektif Mahasiswa

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.


Pada minggu 4 ini kami ditugasakan untuk memberi pandangan berkaitan media sosial dari sudut perspektif seorang pelajar. Tugasan ini memerlukan idea yang untuk berfikir dengan kritis. Pendapat tentang media sosial seharusnya menjadi idea yang bernas supaya menjadi pandangan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Terdapat 6 media yang disebut iaitu social network, book marking sites, social view, media sharing microblogging particulary comments and forum.

Kami ditugaskan untuk memberi pandangan berkaitan media sosial tersebut dan memilih hanya dua. Pembelajaran berasaskan teknologi sangat perlu dijalankan terutama dalam pembelajaran di universiti dan seharusnya ia perlu dimanfatakan oleh semua pelajar.

Sekian, terim kasih untuk minggu ini.








BBM 3410/18- Mengenal Instagram dan Teknik Fotografi


Salam pada pembaca ynag budiman lagi kacak bergaya.

Berjumpa lagi pada coretan ini. Tugasan seterusnya sangat berharga kerana ia ilmu baharu kepada saya kerana telah belajar cara mengambil gambar mengikut format yang telah kami belajar seperti long shot,medium shot, mug shot, potrait, birds eye view, dan over the shoulder.

Kumpulan saya telah sepakat untuk mengambil gambar di Bukit Ekspo kerana suasana dan persekitaran yang cantik di situ menambat hati kami untuk mengambil gambar di situ. Kami mempelajari teknik tersebut untuk diaplikasi serta gambar tersebut akan dimuat turun di instagram masing-masing.

Tugasan ini sangat mencabar kerana ia merupakan ilmu baharu kepada kami semua. Justeru, banyak kebaikan yang dipelajari dalam teknik asas ini. Saya berasa kekok kerana tugasan ini memerlukan media sosial instagram untuk dimuat turun setiap teknik yang dinyatakan.Ini Kerana ini pertama saya melayari instagram dalam hidup saya. haha. tak kelakar.

Terima kasih kepada kumpulan saya dan Prof Dr.Normaliza  Binti Abd Rahim.


                                                                   

1. Mug Shot


      

2. Medium Shot


3. Long Shot



4. Potrait



5.Over The Shoulder






6.Bird's eye View










BBM3410/18- Mengangkat nilai Masakan Melayu

Salam Sejahtera pada pembaca semua.

Pada minggu 3 bertarikh 25/9/2018 saya menghadiri majlis sempena Pesta Makanan Tradisional bertempat di Muzium Warisan FBMK. Majlis ini berlangsung bertujuan untuk memperkenalkan makanan tradisional pada seluruh masyarakat. Kebanjiran makanan barat menenggelamkan makanan melayu jadi acara seperti ini dapat membuka minda seluruh masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat berkaitan makanan melayu.

Suasana meriah dan kebanjiran ramai  orang memeriahkan majlis pada ketika itu. Pelbagai menu dijual untuk disajikan kepada semua supaya masyarakat mengetahui menu makanan tradisi masyarakat melayu.

Pesta ini deserikan dengan Chef terkenal iaitu warga UPM sendiri Chef Shaharim Karim.
Pesta makanan ini mendapat liputan meluas sehingga siaran televisyen terkenal TV3 datang membuat liputan berkaitan tujuan dan tentaif program .


Oleh itu, kami dapat pengalaman yang sangat berharga untuk mengetahui makanan yang asasi masyarakat melayu.

Sekian, mari kita sebarkian makanan melayu di mata dunia.