Thursday, October 11, 2018

BBM 3410/18- JDT,SST,GST (3T) dan Moh Ke Hari Sukan Negara.

Salam saudara serta saudari sekalian.

Hari ini aku akan menyatakan mengulas sedikit  berkaitan sukan Bola Sepak dalam kempen Piala Malaysia edisi tahun 2018 dan pendirian berkaitan JDT. SST dan GST. 

Tarikh  27 Oktober 2018 ini akan diadakan perlawanan akhir Bola Sepak Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadim Shah Alam. Ketika aku sedang menulis ini blog ini kempen Piala Malaysia sedang berlangsung peringkat separuh akhir. Johor Darul Takzim bertemu Terengganu dan Perak bertemu Sabah. Pada perlawanan separuh akhir pertama JDT tewas  0-1 kepada pasukan Terengganu manakala pasukan Perak membenam pasukan Sabah dengan jaringan besar 5-0.

Separuh akhir kedua akan bersambung pada 21 dan 22 Oktober kerana memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antara Malaysia bertemu Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober 2018 dan Republik Kyrgyz pada 16 Oktober 2018 di Stadium Bukit Jalil sempena persediaan menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki. Rata-rata pemain skuad kebangsaan bermain untuk pasukan masing-masing dalam temasya Piala Malaysia ini.

Aku mempunyai pandangan yang sederhana pasukan Perak selangkah untuk ke perlawanan akhir pada edisi kali ini kerana kemenangan 5-0 ke atas Sabah kemungkinan Sabah tidak mampu untuk mengejar jaringan 5-0 itu. Tapi semua orang guna falsafah bola itu bulat apa-apa kemungkinan boleh berlaku tapi bagi kau sangat sukar untuk Sabah memperoleh jaringan besar ke atas Perak nanti. Maka aku membakul sampahkan istilah itu.

Aku meramalkan perlu Perak bertemu Terengganu pada perlawanan akhir Piala Malaysia. Kenapa tidak memilih JDT ?. Bagi aku pasukan JDT sangat elit di Malaysia sejak kebelakangan ini. Jadi keruntuhan pasukan elit seperti JDT ini perlu dan pasukan Terengganu mesti menewaskan pasukan ini dengan menumbangkan JDT pada perlawanan separuh akhir kedua. Seperti semua tahu JDT mempunyai rekod yang cemerlang dan sukar ditewaskan tetapi Terenagganu sudah mampu menewaskan JDT pada separuh akhir pertama.

Keluhan rakyat Malaysia berkaitan dengan 3T iaitu JDT, SST dan GST ada asasnya. Bagi JDT kita di Malaysia sudah mempunyai istlah jika pasukan JDT tewas ia merupakan kemenangan untuk rakyat Malaysia. Ramai di kalangan peminat bola sepak mahukan pasukan JDT tumbang di tangan mana-mana pasukan. Lagipun, tindak tanduk pemerintahan bola sepak JDT yang sangat sukar difahmai oleh rakyat Malaysia kerana tingkah laku yang tidak disukai oleh rakyat Malaysia dan diikuti oleh sebilangan rakyatnya yang menimbulkan sifat (holigoon) dalam perlawanan bola sepak. Sebilangan je ye. Bukan semua . huhuhuu..

UntuK GST dan SST sangat meresahkan rakyat kerana ia merupakan melibatkan kos harga barang. Sebelum PRU ke 14 kita disorak oleh penyokong BN bahawa GST ini sangat efisen dan cukai yang bagus untuk dilaksanakan dan rakyat Malaysia mengeluh tetapi selepas tewas pada PRU 14 GST dihapuskan dan digantikan dengan SST.  Malah dengan perlaksanaan SST ini penyokong Pakatan Harapan dan Pemimpinnya akan memberi hujah bahawa SST ini akan mengurangkan harga barang dan timbul keresahan rakyat Malaysia dengan sistem SST ini. Akibat pertukaran kerajaan ini rakyat menerima tempias di atas dasar-dasar kerajaan ini.

Oleh itu, persamaan ketiga-tiga T ini sangat merimaskan rakyat Malaysia dan menjadi bualan hangat serta perdebatan yang tidah sudah di kalangan rakyat. Tukar SST dapat GST dan ganti GST dapat SST semula. JDT, SST dan GST yang tak sudah. Solusi kepada masalah ini perlulah mengembalikan kepada sistem yang betul seperti sistem percukaian berasaskan SISTEM PERCUKAIAN SIMPANAN KORPORAT dan CUKAI PEGANGAN SAHAM. SST dan GST sudah maka gantikan dengan sistem ini jika kita berganti kerajaan lagi. Sekian ...

Dikesempatan yang singkat ini saya menyeru kepada anda yang tidak cintai obesiti dan sayangkan mutu sukan negara marilah kita sama-sama berhimpun di KL Sport City Bukit Jali pada 13 Oktober 2018 (Sabtu) untuk berhimpun dalam acara Hari Sukan Negara. Nak tau datang  jelah, jangan banyak tanya.

Ayuh Malaysiaku! Kata Malaysia baharu mari kita semua berjumpa Bro Syed Saddiq.

Majulah sukan untuk negara.Sampai kita bertemu lagi.








No comments:

Post a Comment