Sunday, November 4, 2018

BBM 3410/18: Tugasan dan Ragam Video One Shot


Hai Kawan-kawan.

Setiap minggu pasti ada tugasan terutama yang diberi oleh Prof Normaliza
Biasa la, tak pelajar la kalau tiada tugasan.
Mula-mula je aku bersungut dan merungut lama-lama steady boskur!
Jangan merungut redha lah bak kata Prof.hahaha
Kali ini lain macam sikit kena rakam video one shot sahaja.
Aku kata dalam hati matilah aku dah la aku pemalu bukan tak tahu malu.


Perbincangan ringkas dan serius dijalankan
Tak ada la susah mana bincang dengan group aku ni, sempoi je.
Kata sepakat dan berkat dicapai oleh semua.
Usul dan cadangan diteliti untuk semua beri pandangan yang cermat
Semua bersetuju dan konsep lagu raya akan dipersembahkan dalam video tersebut.

Aku gelisah dan resah ye la bakat tak ada dah la kayu macam fattah amin.
Tapi takpe kawan-kawan dalam group semua berbakat mereka yang ajarkan.
Lokasi di sebelah muzium warisan FBMK.
Cuaca baik perangai kawan-kawan pon baik
Semua bagi kerjasama waktu untuk shot video.

Lagu raya senario dipilih dan kami membawakan watak masing-masing.
Dalam video tidak memerlukan watak serius sangat.
Gelak-gelak bodoh dan menari sikit pon cukup untuk hidupkan suasana.
Tapi tulah aku fikir aku paling teruk menari dan bawak watak tu.
Tapi lagi aku rasa biarlah ingat senang aku nak menari gaya penari kebudayaan.

Paling penting semua dah bagi komitmen yang sangat baik.
Tugasan berjalan lancar dengan sangat jayanya.
Aku sangat layan dalam video tu dengan penuh berpura-pura.
Walaupun sangat cepat dan padat waktu diambil
Sebab ada orang nak guna tapak kami shooting.

Dengan itu, aku syukur semua berjalan seperti kami rancang dalam kepala otak.
Sekian je kot apa hal panjag-panjang aku nak taip ni.
Cukup cukup .Aku sertakan gambar di bawah .

Kacak dan menawan jejaka dan gadis kumpulan TAADA ni, Muah ciked!

       

                     


                           
                             


No comments:

Post a Comment