Friday, November 16, 2018

BBM 3410/18: Menjenguk Gedung ilmu UKM

Apa khabar semua?

Sihat semua ye.
Aku meramalkan anda semua sedang sibuk.
Bukan pelajar kalau tidak sibuk bukan menyibuk .

Aku yakin anda semua sedang dalam proses membuat PITA kan.
Semua pelajar tahun akhir sedang giat menyiapkan projek ilmiah masing-masing.
Inilah masa yang sedang mengejar kita. Tempoh yang berlaku sekarang sangat genting.
Tarikh viva yang semakin hampir untuk kita pelajar semakin bersemangat untuk mempersiapkan tugasan ini dengan sebaiknya.

Dalam keterujaan menyiapkan PITA aku sangat suka mengingatkan kenangan pada zaman Tingkatan Enam yang sangat luar biasa memori yang terukir. Boleh juga aku katakan ini adalah bayangan waktu tingkatan enam dahulu walaupun berlainan situasi dan keadaan sekeliling.

Sekarang aku juga gigih untuk menglangsaikan setiap tugasan dan projek ilmiah ini supaya siap seperti dijanjanjikan. Antara tempat yang menjadi pilihan pelajar untuk mencari sumber dalam menyiapkan PITA ialah di Perpustakaan UPM dan Perpustakaan di UKM. Segala kajian dan buku banyak ditempatkan di situ bagi memperoleh maklumat dan sumber rujukan untuk pelajar.

Seharusnya gedung ilmu ini dijadikan tempat berkampung bukan sahaja untuk PITA sahaja dan bermusim tetapi dijadikan amalan atau budaya hidup pelajar untuk menjadikan ilmu terus subur dengan pembacaan secara berterusan.

Selamat menyiapkan PITA kawan-kawan moga dipermudahkan kelancaran menulis.









No comments:

Post a Comment