Saturday, November 17, 2018

BBM3410/18: Kerja dan Pelajar...

Salam semua.

Kali ini ringkas untuk aku mencoretkan di blog ini.

Bila disebut berkaitan kerja dan pelajar ia sangat sinonim bekerja sambil pelajar.

Pendapatan pelajar di universiti berbekalkan dengan duit PTPTN/Biasaiswa/Pinjaman dan lain-lain sumber.

Berbekalkan dengan sejumlah wang yang terhad itu pelajar mencari kerja untuk menjana pendapatan mereka bagi menampung kehidupan di universiti.

Bermacam kerja boleh didapati di U seperti kerja cafe,zakat, pasar raya dan bermacam-macam lagi.

Ada pelajar mencari pengalaman untuk bekerja untuk mengisi masa lapang mereka.

Pada majlis konvokesyen UPM yang lepas banyak ditawarkan kerja sukarelawan untuk pelajar dan diberikan wang saku sebagai ganjaran untuk mereka.

Pelajar UPM beruntung kerana lokasi strategik berdekatan dengan Putrajaya,Kuala Lumpur, MARDI dan bandar raya berdekatan. Ia secara tidak langsung memberi rezeki kepada pelajar untuk diberi peluang kerja-kerja sukarelawan.

Contohnya, seperti SLIM dan MAHA yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

Aku mengambil peluang yang ada jika terdapat peluang-peluang yang ada antaranya menjadi sukarelawan di Putrajaya yang dianjurkan Perbandanan Putrajaya. Selain itu aku bekerja di Bukit Ekspo mengisi tanah dalam polibeg.

Pengalaman ini mahal kawan-kawan. Kehidupan di Universiti bukan semata-mata berkaitan belajar sahaja tetapi persekitaran membuatkan kita merebut peluang untuk mencipta pengalaman itu dengan bersungguh-sunguh.

Sekian sahaja untuk kali ini.Berikut itu gambarnya. hehe












No comments:

Post a Comment