Aku menulis ini bukan demi tugasan sahaja.Tapi untuk anda membaca, hayati dan rasalah.
Jangan membaca membuta-tuli tanpa mata atau membaca dengan mengkhinzir buta.Okay, teruskan agenda yang ingin aku sampaikan.
Kisahnya, yang tengah membaca ni mesti pernah (LI) jugak kan? Itulah aku nak cerita serba ringkas ni. Ceritanya mudah. Dalam seronok berhari raya makan lemang makan kuih raya berjumpa sanak-saudara tiba-tiba raya ke-5 kami sudah kena latihan industri.sangat ralat dalam hidup aku kacau waktu cuti. Tapi itu tanggunjawab belum lagi kita sudah menjangkau zaman pekerjaan suatu hari nanti. Itula pengorbanan.
Aku memilih Pejabat Agama Islam Kampung Gajah sebagai destinasi pilihan untuk mengambil pengalaman sebagai pelajar praktikal. Hari pertama sramai pekerja tidak datang mereka masih beraya di kampung masing-masing. Hari pertama sudah bosan belum hari-hari mendatang.
Hari seterusnya, semua kehadiran penuh. Aku diminta untuk berjumpa Pegawai Tdbir Agama untuk diberi taklimat dan penerangan ringkas ruang lingkup tugasan dalam Pejabat Agama tersebut. Antara tugasan sepanjang aku berpraktikal ialah:
Menyenaraikan nama-nama masjid di kawasan tersebut.
Mencari sijil pernikahan
Menjaga kaunter dan semak borang perkahwinan
Menjadi saksi pernikahan
Fotostat khutbah jumaat
Turun padang ke kampung Orang Asli.
Mengajar adik-adik sekolah agama rakyat.
Duduk depan tv (kalau tiada tugasan)
Jadi urusetia program.
Dll.
Latihan industri di pejabat agama ni tak adalah rugi. Ilmu berkaitan agama sentiasa mengalir di samping pergaulan bersama orang bijak pandai. Jika ada pasangan ingin menikah aku lah yang akan tampil sebagai saksinya. Bukan apa, duit pun dapat rezekila tu aku ambik je la. Nama tempat praktikal pun pejabat agama mestilah ada kursus kahwin. Aku alang-alang daftarlah nama sebagai urusetia merangkap peserta program. Kalau tidak kena bayar Rm 100. Rezeki aku tak menolak ambil dan syukur. Setakat itulah pengalaman ringkas .Anda mungkin ada lagi pengalaman lebih hebat kan?
Gambar di bawah sebahagian teman-teman di Pejabat Agama KG Gajah Perak.
No comments:
Post a Comment