Rakyat Malaysia!!!
Akhirnya, piala yang tertua di asia pulang ke bumi Perak Darul Ridzuan.
Aku nak ulang siar kembali sejarah tercipta.
Pasukan Bola Sepak Perak berjaya akhiri badi dan kemarau 18 tahun tidak memenangi Piala Malaysia..
Lama jangka masa tu komer, memang Perak berhempas pulas menumbangkan Terengganu sabtu lepas 27/10/2018.
Bukan calang-calang perlawanan malam tu.
Aksi pengadil, terjahan keras dan paling penting saat-saat dramatik pasukan Perak bangkit menewaskan Terengganu.
Aku turun malam tu tiket Rm50 brader rugi je kalau kalah. Tapi tulah aku rasa pemain ada deria perasaan nak bagi hadiah pengorbanan pemain nombor 12 iaitu penyokong.
Detik kemenangan Perak muncul bila sepakan penalti terakhir diambil Leandro Do Santos.
Jaringan itu memisahkan kemenangan Perak dan Terengganu.
Perak berjaya memenangi PIALA MALAYSIA buat kali ke-8 dan muncul pasukan ketiga terbanyak dalam sepanjang piala tersebut berlansgung. Sekian terima kasih pemain Perak.
No comments:
Post a Comment