Saturday, November 10, 2018

BBM 3410/18: Sem 1 dan Lebuh Raya Utara Selatan ...

Salam semua!


Apa khabar? Aku harap yang baca ni sihat je(kalau ada yang baca la)


Kali ini aku nak cerita secara ringkas sikit berkaitan apa yang berlaku setiap sem pada aku.
Ia berkaitan laluan pulang aku ke kampung halaman.
Setiap orang memilih untuk pulang dengan pelbagai kenderaan. 


Aku memilih untuk pulang ke kampung dari sem 1 lagi menunggang motorsikal.
Permulaan sem 1 aku menaiki bas untuk pulang.
Lama-kelamaan aku berbincang dengan rakan aku untuk menunggang motorsikal.
Walaupun undang-undang setiap Universiti melarang pelajar sem 1 membawa kenderaan masing-masing. Aku tetap berpenderian untuk membawa motorsikal.
Bukan niat untuk melarang peraturan asas ini, tetapi sebagai seorang pelajar mesti faham keadaan apabila di universiti.


Bila di U kenderaan sendiri akan memudahkan pergerakan kita dan akan ke kelas pun menjadi cepat tanpa perlu beratur sesak untuk berebut bas untuk ke fakulti.
Sudah semestinya perkara ini sangat berguna di U kerana kita harus bijak menguruskan pergerakan di U dan mengambil peluang sebagai pengalaman penting. 


Lebuh raya utara selatan itulah menjadi bukti laluan pulang ke kampung. Perjalanan yang mengambil 3 jam setengah itu walaupun lama jika menaiki motorsikal tetapi itu bukanlah halangan untuk sentiasa terus konsisten pulang dan pergi ke Universiti dan kampung.
Bermacam ragam dan rintangan semasa menaiki motor sama ada mahu pergi dan pulang ke U dan kampung.
Habis minyak,hujan, kilat dan panas itu menjadi ujian ketika menunggang motor sepanjang membonceng motorsikal.

Itulah serba sedikit pengalaman di Lebuh Raya Utara Selatan yang menjadi saksi sepanjang aku melalui jalan sedikit. Sekian.







1 comment: