Salam semua.
Tugasan demi tugasan telah diberi. Ye, sangat padat kerja dan urusan.
Tapi ingat sentiasa redho. Ayat azimat tu, nanti ko derhaka pulak.Haha
Tugasan kumpulan sentiasa diberi selain tugasan individu.
Kali ini bahasa itu sendiri menjadi tunjang dalam tugasan ini,
Tugasan kreatif kali ini harus mengambil gambar mengikut simpulan bahasa.
Menarik kan? ye aku tahu menarik dan bernas idea begitu.
Setiap gambar yang diambil mesti sesuai dengan maksud simpulan bahasa tersebut.
Begitulah tugasan kami kali ini walaupun nampak senang tapi bila buat jadi sukar sedikit.
Bekalan ilmu dan pengalaman rakan dalam kumpulan kami dapat atasinya.
Ketelitian dan fokus harus ada memastikan kerja ini berjalan dengan lancar.
Maksud sebenar simpulan bahasa mestilah selari dengan gambar.
Ini antara contoh gambar yang kami ambil iaitu durian runtuh.
No comments:
Post a Comment