Friday, November 16, 2018

BBM 3410/18: Penggambaran Filem Mat Kilau

Hai, warga blogger sekalian.

Cuti seminggu aku berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat penggambaran filem Mat Kilau arahan pengarah muda Syamsul Yusuf.

Lokasi penggambaran filem ini dibuat di kampung aku.

Terletaknya kampung aku di daerah paling tengah dalam seluruh daerah negeri Perak.

Kampung Telok Bakong Bota Perak Darul Ridzuan.

Ia dibuat di kawasan padang ragut tempat kerbau dan lembu melepak.

Pemilihan tempat ini berdekatan dengan sungai Perak dan tanah yang lapang.

Kisah Mat Kilau sudah beberapa kali hendak difilemkan akan tetapi ia menjadi halangan setiap pengarah yang ingin menerbitkan kisah tersebut.

Ramai pengarah dan produser filem hanya sekerat jalan mengarahkan kisah ini atas beberapa halangan.

Antara barisan pelakon ialah Adi Putra, Fattah Amin. Beto Kusyairi, Johan Ashaari dan ramai lagi.

Dengan harapan yang tinggi semoga kali ini arahan Syamsul Yusof menjadi nashkah yang berharga kerana mengangkat tokoh sejarah tanah air yang banyak berjasa pada negara kita.


Berikut merupakan lokasi dan sebahagian penggambaran yang sempat diambil.























No comments:

Post a Comment