Untuk aktiviti hujung minggu ini agak simple.
Tak menarik sangat cukup untuk menghiburkan hati saja.
Aku diajak oleh rakan sekolah untuk bermandi-manda di Air Terjun.
Lokasinya agak jauh dari UPM yang terletak di Hulu Langat.
Walaupun musim hujan sekarang tetapi kami masih berhati-hati dengan keadaan sekeliling.
Aktiviti sebegini walaupun agak biasa-biasa tetapi ia boleh menghilangkan tekanan sedikit.
Ya la, dengan tugasan bertimbun dan PITA lagi ini la masa untuk bahagiakan jiwa dan minda.
Lokasinya sangat menarik dengan kawasan berdekatan pinggir bandar.
Suasana kampung yang damai dan sentosa menjanjikan rasa gembira sesiapa yang berkunjung.
Tempat ini telah dicadangkan oleh rakan aku.
Sangat sesuai untuk keluarga dan aktiviti riadah.
Pengunjung yang datang sangat ramai, bahkan orang luar negara pun datang ke sini.
Nama tempatnya adalah Hutan Lipur Sungai Gabai yang terletak di Hulu Langat.
Ada masa kita pergi ke tempat lebih mencabar lagi.
Itu sahaja untuk hari ini.